Writing Is Fun

Muhammad Iqbal

Teringin hendak berbincang dengan kaum Muslimah dan kalau boleh yang kaum Muslimin juga dapat kiranya menyampuk.....Mak Oteh baru-baru ini banyak terlihat anak-anak gadis yang sudah mula bertutup rambut (berkerudung) apabila keluar berjalan-jalan walaupun mereka bersekolah sekular tapi mengamalkan pakaian yang sopan di luar waktu sekolah. gembira dengan perkembangan baru ini. Hanya apa yang tak sedap mata memandang ialah apabila berada di tempat-tempat umum (public places) seperti di gedung membeli belah dan malah di pawagam-pawagam lihat remaja-remaja perempuan yang berjilbab ini berkepit dan berpimpin tangan pula dengan remaja lelaki!

Oleh kerana mempunyai semua anak lelaki, jadi apabila berada di kalangan anak-anak perempuan, maka gemar memerhatikan tingkah laku mereka. Ini bukanlah pula mengumpat, ada sebuah keluarga teman mempunyai ramai anak-anak perempuan biasalah ada yang bertudung dan ada yang belum (kata ibu mereka belum mendapat hidayah!) bersalaman tu biasalah semuanya bersalam dengan tetamu yang datang tapi dari segi adab sopan yang berjilbab terus masuk ke bilik tutup pintu tak keluar-keluar yang tak bertudung ni duduk sebentar bertanyakan khabar dan berbual seketika. Alahai senang hatiku dilayan begini pada mulanya yang bertudung jadi pilihan hati siapalah tahu kot kot bakal jadi menantu tapi bila melihat tingkah laku yang melayani aku ni terfikir dua kali (cancelled yang tadi).

Soalannya di sini adakah apabila bertudung saja telah mencerminkan seseorang itu telah mendapat hidayah (petunjuk), peribadi yang baik, keinsafan dan keimanan yang tebal? Tidak lama kemudian, si gadis yang tak bertudung ni minta izin untuk bersolat zohor lalu berlalu ke tandas dan masuk bilik untuk bersolat. Yang bertudung tak keluar pun ah... mungkir uzur berhadas haid!

Teringat aku trend memakai tudung ni.... sekitar akhir 70an, biasanya dipakai bertudung selempang di bahu dan dengan rambut depan atau jambul-jambul masih kelihatan. Kemudian diikuti pula oleh mini telekung ha! waktu itulah aku bercadang nak pakai tudung dan menyuarakan keinginan hati kepada ayahanda ku. Dia berkata "Dakwah ialah di sini (sambil dia menunjukkan dada/hatinya) dan bukan di sini (menunjukkan kepala nya)". Kalau tak silap aku trend berjilbab ini bermula awal 90an.

Akhir-akhir ini celebrities pun sudah mula berjinak-jinak dengan tudung setelah dipopularkan oleh Wardina kemudian Waheeda. Bagi artis-atis lainnya jikalau hendak melihat mereka bertudung ha... apabila terpampar di suratkhabar tentang perceraian mereka di mahkamah. Urusan mahkamah semuanya berselendang mengharap simpati dengan menunjukkan kesopanan! Lepas tu buka semua semula, ikhlas kah?

Yang peliknya rata-rata atau kebanyakan mereka yang bertudung ni... sebenarnya berambut pendek termasuklah Mak Oteh sebab terlalu panas dan berbahang kerana kepala kita berpeluh dan rambut mula berbau. Walhal rambutlah mahkota wanita dan menjadi pemangkin keindahan mata suami yang memandang ya tak?

Pada hari ini atau hari-hari sebelumnya di suratkhabar majikan-majikan yang mendera amah-amah mereka semua berjilbab. Ya lah... tidak semua majikan itu jahat dan semua amah itu baik atau vice versa.. tapi seolah-olah pandangan kaum lain lebih-lebih lagi yang bukan beragama Islam terhadap perempuan berjilbab ini rendah sekali kerana dicemari oleh kita-kita sendiri...Pandangan dunia sejagat terhadap Islam sudahlah menjijikkan pada mereka kerana keganasan orang-orang Islam sendiri, kemudian wanita Islam yang berjilbab pula menjatuhkan atau merendahkan martabat wanita Islam sendiri.

Oleh itu Mak Oteh berharap sangatlah apabila kita berpakaian sopan dengan bertudung hendaklah tingkah dan laku kita juga seiring dan sejalan. Begitu juga bila berkerudung hendaknya aurat dan fesyen mesti juga seiring tapi yang penting dan perlu dalam melaksanakan perintah Allah ialah keikhlasan hati itu sendiri.....

About this blog

Followers

Pageviews last month

Popular Posts