Writing Is Fun

Muhammad Iqbal

di hadapan smp it iqro'
Alright sambung kemabali.....hari ketiga kamisemua pergi ke darbin...(darul abidin)....setibanya kami disana....kami disambut dengan lagu dan tour ke sekeliling sekolah tersebut....darbing pon bukanlah besar sangat tetapi hati warga darbin tu besar....sistemnya lain sikit daripada sekolah lain kerana para pelajar harus pergi ke kelas yang tertentu untuk matapelajaran tertentu...

kami diajak oleh pihak sekolah sana untuk bermain futsal "al-amin vs. darbin"...perlawanan ini kami kalah sebab kami semua bukanlah wakil sekolah...hanya tahu bermain seperti budak yang berumur 10 tahun kecuali izzat....(dia wakil sekolah)..manakala permain darbin semuanya wakil sekolah..kalah teruk kami dibuatnya...

hari seterusnya kami pergi ke Bandung....tujuan kami ke sana untuk ke sekolah As syifa....tetapi sebelum tu kami pergi shopping dulu dekat kawasan sekeliling bandung....ramai peminta sedekah kat sini...tapi kami dilarang bagi sebab nanti semua peminta sedekah serang kami macam orang tam makan sebulan.....(ini cima perumpamaan)....kami sampai di sekolah assyifa di petang hari....sangkaan kami yang sekolah assyifa ni sama seperti sekolah lain tetapi salah.....kawasan sekolah tu ialah 100 hektar....(bayangkan)....kami singgah di sana untuk dua hari......

keadaan kelas di darbin



Rasenye lame dah tak update blog ni......nak update pon susah....maklumlah kat rumah mane ade komputer......ni pon gune yng sedare punye......

Rindu rasa kat negara Indonesia....rasa macam nak pergi lagi kat sana......bukan ape pon....yang menyedapkan lagi trip ni ialah peristiwa yang berlaku kapada kami....kalau diingatkan balik,,banyak peristiwa yang lucu yang kami hadapi sepanjang jaulah ni...

yang paling terpahat di kepala kami rasa-rasanye peristiwa"Anas Tertukar Beg"...ade ke boleh tertukar beg semasa turun dri bas...sedangkan beg dia masih ade dalam bas tersebut....

Selepas jumpe beg bagasi, tertingal pulak beg galasnya yang menempatkan passport,dompet dan memacam lagi barang lain yang penting...tertinggal dalam teksi....tapi tuan teksi tu hantar balik beg tu....memang sukar diduga peristiwa ni akan berlaku....

Inilah kali pertama 70% daripada kami menjejak kaki ke luar negara Malaysia....pengajaran apabila naik kapal terbang ialah jangan beli makanan dalam kapal terbang...(mahal giler...)

tempat pertama yang kami pergi setibanya kami ke Indonesia ialah muzium ASMAT di Taman Mini Indonesia Indah....Taman ini menempatkan semua budaya dan rumah tradisional dari seluruh indinesia.(rumah minangkabau pon ade)...ini baru hari pertama...

Hari kedua kami pergi ke Taman Safari di puncak,bogor.....banyak haiwan kat sana......lame jugak kami singgah di taman ni..(daripada pukul 9 am-5pm)....tak sangka ade jugak theme park kat taman safari ni.....kat theme park merupakan bank simpanan duit kami hampir 200 ribu rupiah....(oleh disebabkan terlalu syok bermain)...

setakat sini sajalah.......bersambung.......

(penat dah tulis......terlupe....handphone Nuaiman hilang di tandas dekat airport Malaysia...kasian..).....:)))

Teringin hendak berbincang dengan kaum Muslimah dan kalau boleh yang kaum Muslimin juga dapat kiranya menyampuk.....Mak Oteh baru-baru ini banyak terlihat anak-anak gadis yang sudah mula bertutup rambut (berkerudung) apabila keluar berjalan-jalan walaupun mereka bersekolah sekular tapi mengamalkan pakaian yang sopan di luar waktu sekolah. gembira dengan perkembangan baru ini. Hanya apa yang tak sedap mata memandang ialah apabila berada di tempat-tempat umum (public places) seperti di gedung membeli belah dan malah di pawagam-pawagam lihat remaja-remaja perempuan yang berjilbab ini berkepit dan berpimpin tangan pula dengan remaja lelaki!

Oleh kerana mempunyai semua anak lelaki, jadi apabila berada di kalangan anak-anak perempuan, maka gemar memerhatikan tingkah laku mereka. Ini bukanlah pula mengumpat, ada sebuah keluarga teman mempunyai ramai anak-anak perempuan biasalah ada yang bertudung dan ada yang belum (kata ibu mereka belum mendapat hidayah!) bersalaman tu biasalah semuanya bersalam dengan tetamu yang datang tapi dari segi adab sopan yang berjilbab terus masuk ke bilik tutup pintu tak keluar-keluar yang tak bertudung ni duduk sebentar bertanyakan khabar dan berbual seketika. Alahai senang hatiku dilayan begini pada mulanya yang bertudung jadi pilihan hati siapalah tahu kot kot bakal jadi menantu tapi bila melihat tingkah laku yang melayani aku ni terfikir dua kali (cancelled yang tadi).

Soalannya di sini adakah apabila bertudung saja telah mencerminkan seseorang itu telah mendapat hidayah (petunjuk), peribadi yang baik, keinsafan dan keimanan yang tebal? Tidak lama kemudian, si gadis yang tak bertudung ni minta izin untuk bersolat zohor lalu berlalu ke tandas dan masuk bilik untuk bersolat. Yang bertudung tak keluar pun ah... mungkir uzur berhadas haid!

Teringat aku trend memakai tudung ni.... sekitar akhir 70an, biasanya dipakai bertudung selempang di bahu dan dengan rambut depan atau jambul-jambul masih kelihatan. Kemudian diikuti pula oleh mini telekung ha! waktu itulah aku bercadang nak pakai tudung dan menyuarakan keinginan hati kepada ayahanda ku. Dia berkata "Dakwah ialah di sini (sambil dia menunjukkan dada/hatinya) dan bukan di sini (menunjukkan kepala nya)". Kalau tak silap aku trend berjilbab ini bermula awal 90an.

Akhir-akhir ini celebrities pun sudah mula berjinak-jinak dengan tudung setelah dipopularkan oleh Wardina kemudian Waheeda. Bagi artis-atis lainnya jikalau hendak melihat mereka bertudung ha... apabila terpampar di suratkhabar tentang perceraian mereka di mahkamah. Urusan mahkamah semuanya berselendang mengharap simpati dengan menunjukkan kesopanan! Lepas tu buka semua semula, ikhlas kah?

Yang peliknya rata-rata atau kebanyakan mereka yang bertudung ni... sebenarnya berambut pendek termasuklah Mak Oteh sebab terlalu panas dan berbahang kerana kepala kita berpeluh dan rambut mula berbau. Walhal rambutlah mahkota wanita dan menjadi pemangkin keindahan mata suami yang memandang ya tak?

Pada hari ini atau hari-hari sebelumnya di suratkhabar majikan-majikan yang mendera amah-amah mereka semua berjilbab. Ya lah... tidak semua majikan itu jahat dan semua amah itu baik atau vice versa.. tapi seolah-olah pandangan kaum lain lebih-lebih lagi yang bukan beragama Islam terhadap perempuan berjilbab ini rendah sekali kerana dicemari oleh kita-kita sendiri...Pandangan dunia sejagat terhadap Islam sudahlah menjijikkan pada mereka kerana keganasan orang-orang Islam sendiri, kemudian wanita Islam yang berjilbab pula menjatuhkan atau merendahkan martabat wanita Islam sendiri.

Oleh itu Mak Oteh berharap sangatlah apabila kita berpakaian sopan dengan bertudung hendaklah tingkah dan laku kita juga seiring dan sejalan. Begitu juga bila berkerudung hendaknya aurat dan fesyen mesti juga seiring tapi yang penting dan perlu dalam melaksanakan perintah Allah ialah keikhlasan hati itu sendiri.....

Regim Zionis-Israel harus dihukum untuk “pembunuhan berdarah” konvoi bantuan Gaza, tegas Perdana Menteri Turki pada hari Selasa. Beliau mendesak hukuman antarabangsa dikenakan terhadap tindakan regim Zionis itu dan memanggil kuasa dunia lain turut serta. Beliau yang sebelum ini memanggil pulang duta Turki di Tel Aviv dan membatalkan latihan ketenteraan bersama Turki-Israel.

“Hal ini tidak mungkin lagi sekadar pengabaian undang-undang Israel, tetapi inilah saatnya bagi masyarakat antarabangsa untuk mengatakan ‘cukup sudah’,” kata Erdogan dengan nada marah disambut tepukan gemuruh para hadirin. Beliau juga mendakwa bahawa Israel, menggunakan penipuan sebagai dasar Negara. Erdorgan turut memberitahu bahawa beliau sendiri akan menghubungi Presiden AS, Barack Obama untuk menyatakan sendiri pendirian Turki dalam isu ini.

“Turki akan menggunakan segala bentuk undang-undang antarabangsa dan diplomasi, tiada siapa harus menguji kesabaran Turki,” tambahnya. Sementara itu, seorang diplomat Turki mendakwa empat rakyat mereka terkorban dalam insiden berdarah rampasan Konvoi Gaza itu dan menambah bahawa nombor tersebut bakal meningkat. Turki pada hari Selasa telah menghantar tiga pesawat ambulans untuk membawa pulang 20 warga mereka yang cedera. Turki yang majoriti penduduknya Muslim telah menjadi sekutu Israel sejak kedua-dua Negara tersebut menandatangani perjanjian kerjasama ketenteraan pada tahun 1996 tetapi hubungan telah mengambil penurunan sejak Israel menyerang Gaza pada akhir tahun 2008.

Terpilih ke I'DAD DU'AT....so kene lah tido kat asrama....

4.30 am..terkejut tengok jam sebab ustz idris kate nak bertolak ke sane pukul 4..so tanpe membuang mase yang sudah dibuang...semue banin yang pergi tu mulelah bergesa-gesa nok mandi..lapas siap kemas belake barang...bertolaklah ana ngan kawan ana ke sane dengan cikgu fizam...

sampai kat sane(smi aman) nampaklah bekas muallimah Norashida..ingatkan dah x knal ana...

sebenarnye program tu bulanlah kat sekolah tu...(kat pantai malawi)...(x de idea lah nak tulis ape)

mase kat smi aman.ana nampak kawan ana semase kat sitiawan(sarjan)..so pergilah sembang...mase duk kat smi memanglah bosan tapi sedang tunggu bas datang..lame gak tunggu

program ni dibuat selame 3 hari 2 malam..so setakat sini je lah....(memang x tahu nak tulis ape..x de idea langsung)

sebelum x ingat nak tulis...name peserta banin ialah;

afiq
iqram
nuruddin
hanif fiee
iqbal

Assalamualaikum.....ana di sini pon bukan nak cakap ape pon.....tapi ade lah ana nak cakap sikit.....kepada sesiape pon yang membacanye,ana harap dapatlah berubah.....

pertamatamenye....kalau boleh ana harap dapatlah kite cakap ana anta sebab ia kan sunnah rasulullah...rugilah kite kalau kita tak cakap ape yang rasulullah cakap...cube bayangkan besar mane pahala yang antum akan dapat kalau antum cakap ana anta setiap hari..kan besar pahalanye...asyik cakap aku mu je bukan dapat pahala pon..nampak kasar ade lah....

Kalau nak tahu..aku mu ni yang sibok-sibok gantikan ana anta...dahulu kan cakap ana anta pastu aku mu yang pulak menyibok masuk campur.....kan sedap kalau dengar semua orang cakap ana anta...cakap ana anta ade jugak hikmah dia iaitu kite tak akan sesekali pernah akan terfikir untuk mencarut....kan sedap kalau tak mendengar orang mencarut....sakit tau telinga kalau dengar orang mencarut....

oklah... harap semua orang dapat lah berubah........dan janganlah ade orang cakap saye awak..mentang-mentang tak ade sebut pon pasal saye awak nak cakap saye awak...ok....................

ASSALAMUALAIKUM.....

Astronomi adalah satu bidang yang menkaji tentang angkasa.Astronomi juga adalah antara bidang yang paling tua yang manusia pernah kaji.

Allah SWT befirman:
dulu kami jadikan langit dan bumi bersatu dan kami pisahkan diantara keduanya.

Firman Alah ini berkait rapat dengan teori Big Bang kerana dalam teori ini ada berkata dahulu langit,bumi,matahari dan semua benda di alam semesta ini bersatu.

Di angkasa terdapat satu kuasa aneh yang dikenali sebagai Dark Matter dan Dark Energy.Ini adalah kuasa yang membentuk hampir keseluruhan alam semesta ini mengikut teori lah.

Di angkasa juga terdapat benda lain iaitu Black Hole(lubang hitam).Black Hole adalah suatu benda yang terbentuk apabila bintang yang dikategorikan sebagai Supergiant Star mati dan meletup.Letupan ini dikenali sebagai Supernova.

Supernova adalah letupan yang paling dasyat di alam semesta.Black Hole adalah benda yang misteri kerana ia adalah benda yang paling susah untuk dijejaki.Gravitinya sangat kuat sehingga ia menyedut ape-ape yang berada di laluan ia termasuklah cahaya.Kerana itulah Black Hole susah nak di kesan.

Matahari yang kita selalu tengok walaupun kita anggap ia besar tetapi ianya sebenarnye sangat kecil jika dibandingkan dengan bintang-bintang yang lain.Galaksi kita diberi nama Milky Ways(bima sakti).Galaksi kita berbentuk leper.

Galaksi kita tergolong dalam kumpulan-kumpulan galaksi yang dipanggil Super Cluster.Galaksi Andromeda adalah galaksi yang terbesar diantara Super Cluster.

Bumi juga jika dibandingkan dengan matahari adalah kecil sekali.Jarak diantara bumi dan matahari adalah 1 AU(Astonomical Unit) ataupun 150 juta kilometer.Diantara bintang yang paling dekat dengan matahari kita adalah bintang yang diberi nama Proxima Centaury.

Teori pembetukan bulan adalah satu pelanggaran besar diantara Planet Thera.Planet Thera adalah sama besar dengan Planet Marikh.Planet ini melanggar bumi pada kelajuan tinggi dan terus merempuh bumi.Ianya kemudian membentuk 1 cakera yang mengelilingi bumi kemudian serpihan itu ditarik oleh graviti dan semakin banyak ia menarik batu semakin besarlah ia dan akhirnya terbentuklah bulan.


Tahukah Anda????????

~Jarak yang diukur di angkasa adalah dengan Astronomical Unit dan Tahun Cahaya.

~Jarak diantara hujung ke hujung galaksi Bima Sakti adalah 100 000 tahun cahaya.

~Alam semesta terbentuk kira-kira 14.5 bilion tahun yang lalu.

~Planet Musytari boleh muatkan 300 bumi di dalamnya.

~Gunung Berapi yang paling tinggi di sistem suria adalah Olympus Mons iaitu di Planet Marikh.

~Di tengah-tengah galaksi Bima Sakti ada satu Black Hole yang dikategorikan sebagai SuperMassive.

~Bulan terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun yang lalu

About this blog

Followers

Pageviews last month

Popular Posts